Karya Karya

Sebuah cerita tentang kebangkitan.

Saturday, July 7, 2012

#7 kelabu

Wahai langit,
simpan air matamu.

Jangan bersedih,
terus senyum.

(Baca dalam versi Inggeris)

Wednesday, June 6, 2012

#6 lelaki tanpa mulut


Lelaki itu,
punya jiwa,
tetapi aduhai mulutnya,
terkatup.

Lelaki itu,
punya suara,
tetapi aduhai mulutnya,
tertutup.

Diam.
Pendam.
Penakut.

Dia, lelaki itu.

Besar jiwanya.
Bermimpikan anugerah Tuhan yang paling indah,
yang lembut lakunya,
sopan tuturnya,
manis senyumnya.

Tetapi lelaki tanpa mulut itu,
penakut.
Pendam.
Diam.

Sampai hujung mimpinya,
anugerah indah itu hilang,
diragut pergi dibawa terbang,
oleh pemimpi yang punya lebih hak.

Sampai hujung mimpinya,
terbangun lelaki itu,
memandang serpih-serpih kaca di dinding,
merenung tepat ke mukanya.

Mukanya,
tanpa mulut.

Rugi.
Tiada untung,

Menjadi lelaki tanpa mulut.

(Baca dalam versi Inggeris)

Tuesday, June 28, 2011

#5 orang kecil

Orang kecil itu,
punya mimpi yang paling besar.

Kecil lagi bulan,
dan bintang,
kalau berdiri di sisi mimpi itu.

Namun,
mimpinya rapuh,
tidak konkrit,
harus hancur bila sampai waktunya.

Besar lagi bulan,
dan bintang,
kalau berdiri di sisi mimpi itu.



(Baca dalam versi Inggeris)

Monday, April 18, 2011

#4 mimpi yang mati

Tak semua pejuang mimpi,
berhasil menakluk jajahan mimpinya.

Di sebalik wajah positif,
realitinya ada ribut emosi.

Berundurnya bukan menyerah,
kerana berundurnya angkara hormat pada bukan haknya.



(Baca dalam versi Inggeris)

Monday, March 21, 2011

Saturday, March 19, 2011

#2 pelukis senyuman

Kalau bukan kerana anak-anak kecil itu,
dia sudah mati.

Tanpa matahari.
Tanpa udara yang mendukung nafas itu.
Tanpa senyum.

Dia sudah mati.
Kalau bukan kerana anak-anak kecil itu.



(Baca dalam versi Inggeris)

#1 kapal emosi

Sebuah kapal hilang navigasinya.
Bintang-bintang yang terlukis di langit malam,
yang memandu arah kapal itu,
pudar warna emasnya,
hilang dalam kabus malam.

Nakhoda yang dahulunya megah berdiri,
terduduk sendirian.
Hilang semua akal,
Hilang semua jiwa.
Membiarkan ombak-ombak bergulingan,
melambung-lambung kapal emosinya.


(Baca dalam versi Inggeris)