Karya Karya

Sebuah cerita tentang kebangkitan.

Wednesday, June 6, 2012

#6 lelaki tanpa mulut


Lelaki itu,
punya jiwa,
tetapi aduhai mulutnya,
terkatup.

Lelaki itu,
punya suara,
tetapi aduhai mulutnya,
tertutup.

Diam.
Pendam.
Penakut.

Dia, lelaki itu.

Besar jiwanya.
Bermimpikan anugerah Tuhan yang paling indah,
yang lembut lakunya,
sopan tuturnya,
manis senyumnya.

Tetapi lelaki tanpa mulut itu,
penakut.
Pendam.
Diam.

Sampai hujung mimpinya,
anugerah indah itu hilang,
diragut pergi dibawa terbang,
oleh pemimpi yang punya lebih hak.

Sampai hujung mimpinya,
terbangun lelaki itu,
memandang serpih-serpih kaca di dinding,
merenung tepat ke mukanya.

Mukanya,
tanpa mulut.

Rugi.
Tiada untung,

Menjadi lelaki tanpa mulut.

(Baca dalam versi Inggeris)

2 comments:

  1. wahai lelaki itu,
    jika malu ingin berbicara,
    gunalah cara lain seperti menulis...
    mulakan dengan menulis hingga kedua2nya rasa selesa...
    bile sudah bersedia, teruslah bersua muka...
    insyaAllah...
    jangan putus asa itu memiliki anugerah indah itu!

    ReplyDelete